Friday, May 28, 2010

Ruangan : Karya Pelajar dan Guru

Ruangan ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada para pelajar dan guru-guru untuk berkongsi karya yang telah dihasilkan. Para pelajar dan guru-guru yang ingin berkongsi idea bolehlah menghantar karya kepada guru-guru Bahasa Melayu SMKAK. Sila sertakan juga maklumat peribadi anda.
Penyertaan anda amatlah dialu-alukan dan jangan lepaskan peluang ini!

Ruangan : Kuiz Bahasa

Sila klik di sini untuk menjawab soalan-soalan kuiz Bahasa

Ruangan : Tokoh Bahasa






Nama Asal : Abdullah Bin Abdul Kadir Munshi
Tarikh Lahir : 1796
Tempat Lahir : Melaka
Keturunan : Peranakan Arab - India













Rumah asal Abdullah Munsyi


Pendidikan Awal

Mendapat pendidikan awal daripada kedua orang tuanya iaitu membaca, menulis jawi dan mengaji Al Quran sehingga tamat. Beliau juga telah belajar daripada seorang guru yang juga merupakan jurutulis kepada Sir Stamford Raffles iaitu Muhammad Latif. Abdullah Munsyi juga berbakat sebagai seorang ketua hingga dilantik neneknya untuk mengetuai kumpulan pelajar yang mengaji dengan neneknya.



Beliau juga seorang yang sangat bijak dan menyintai ilmu serta boleh menguasai beberapa bahasa seperti bahasa Tamil,Arab, Hindi, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Di samping itu, beliau juga bijak dalam ilmu kira-kira ( matematik ). Berpengetahuan luas dalam tatabahasa Melayu dan buku-buku berbahasa Arab.

Kerjaya Awal

Abdullah Munsyi telah mengajar bahasa Melayu kepada askar India yang bertugas dengan British di Tanah Melayu. Pada waktu yang sama, beliau telah mempelajari bahasa Hindi daripada askar-askar tersebut.Selain itu, beliau telah mempelajari Pengajian Islam daripada seorang mualim Arab bernama Muhyiddin dan mempelajari bahasa Inggeris pula daripada seorang paderi bernama Milne dan Thompson. Beliau juga telah terlibat secara langsung mengendalikan mesin-mesin cetak milik Inggeris yang pertama kali tiba di Singapura.. Ini telah menyebabkan beliau boleh mengendalikan kerja-kerja percetakan dan seterusnya menjadi Pengarang di bahagian penerbitan. Beliau sangat kreatif dan kritis sehingga melahirkan pelbagai idea yang mampu mengubah persepsi bangsanya.

Sumbangan Abdullah Munsyi

Beliau seorang yang suka menegur sikap masyarakat yang berada di ambang kepincangan terutama dalam sistem beraja akibat kedatangan pengaruh barat. Beliau juga seorang yang kritis kerana telah banyak bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat serta banyak menghasilkan karya yang berpijak di bumi nyata, tidak seperti penulis sezamannya. Di samping itu juga, beliau banyak berjasa dalam memartabatkan bahasa Melayu terutama dari segi nahu dan tatabahasa.Antara hasil karya beliau ialah Hikayat Abdullah (1840),hikayat Pelayaran Abdullah (1837), hikayat Kalilah dan Damimah (1855), Syair singapura Terbakar dan Syair Kampung Gelam Terbakar (1847) dan sebagainya.



Hasil karya Abdullah Munsyi

Gelaran Munsyi

Gelaran ini sebenarnya menggambarkan pengiktirafan kepada peranan guru dalam institusi pendidikan dan turut mempengaruhi sifat dan perwatakan yang mengutamakan 'kebenaran, ketegasan, malah tidak takut untuk memperkatakan secara lisan mahupun tulisan. Munsyi juga membawa maksud memperjuang dan mengamalkan budaya ilmu seperti membaca, menulis, memerhati, memahami, menulis dan menyebarkan ilmu bagi tatapan dan rujukan untuk generasi akan datang. Atas keprihatinan dan inisiatif beliau, maka geran Bapa Kesusasteraan Melayu Moden amat sesuai diberikan kepada Abdullah Munsyi.

Hilang Tidak Berganti......

Abdullah Munsyi telah meninggal dunia ketika pelayaran beliau ke Mekah pada tahun 1854.




oleh...
NK
GKMP Bahasa

Ruangan : Santai





Ruangan : Aktiviti Panitia

Minggu Bahasa 2010
Majlis penyampaian hadiah

Majlis penyampaian hadiah

Majlis penyampaian hadiah

Persembahan choral speaking oleh 1RK

Aktiviti Majalah Dalam Kelas oleh DBP

Persembahan pelajar

Persembahan pelajar

Persembahan pelajar

Minggu Bahasa telah diadakan pada 20-24/4/2010 yang lalu. Banyak aktiviti yang telah diadakan serta mendapat kerjasama sepenuhnya daripada guru-guru bidang bahasa dan para pelajar SMK Ayer Keroh. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pada tahun ini juga, Minggu Bahasa telah mendapat kerjasama yang padu daripada Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah berkolaborasi dengan pihak sekolah... Terima kasih diucapkan.


Thursday, May 27, 2010

Wednesday, May 26, 2010



Salam sejahtera guru-guru dalam Panitia Bahasa Melayu dan juga pelajar-pelajar sekalian, Alhamdulillah syukur, masih ada kesempatan saya menambah baik laman blog ini, untuk tatapan pelajar-pelajar. Pada peringkat awal memang sukar untuk menghasilkannya, namun begitu kemahiran yang dikecapi harus ada dengan kegagalan, jika tidak gagal kita tidak akan tahu betapa manisnya mengecapi kejayaan. Begitu juga di dalam pelajaran dan kehidupan, di dalam kita menyusuri kehidupan ini, laluannya pasti berliku, apa yang penting kita harus berusaha dengan sabar dan tekun, jika gagal jadikan ia sebagai azimat untuk terus meneroka kejayaan yang pasti akan hadir akhirnya.

Tuesday, May 25, 2010

Ruangan : Isu Semasa



Salam sejahtera pelajar-pelajar yang melayari blog ini, semoga kalian mendapat manfaat daripadanya. Hari ini saya akan membingcangkan tajuk yang ada kaitan dengan peperiksaan dan sering terjadi kepada pelajar-pelajar hari ini. Apakah pandangan anda tentang pelajar-pelajar merokok tak kira lelaki atau perempuan. Merokok seolah-olah sudah tidak lagi menjadi" taboo" dalam kehidupan mereka, mengapakah mereka ini merokok, mari kita renungkan bersama,
Rokok sudah menjadi kelaziman bagi orang dewasa dari dahulu, kini dan mungkin selamanya.
Bagaimana mana pula tentang pelajar yang merokok ini? Apakah mereka merokok ingin dikatakan sudah cukup dewasa, sedangkan kantungnya masih bergantung daripada orang tuanya.
Pelajar-pelajar yang merokok ini mungkin mahu cuba-cuba, tetapi mereka tidak fikir bahawa sekali kena , mesti mau berkali-kali kena, sama dengan ganja, dadah dan juga seks. Remaja ini akalnya pendek, nafsunya aje panjang. Oleh itu jika kita berbuat sesuatu yang melanggar batas susila budaya, agama, aturan sekolah, haruskan difikirkan akan kesannya juga.
Fikir-fikirkanlah, jangan sudah terantuk baru nak tengadah.

Monday, May 24, 2010


Selamat petang, pelajar-pelajar sekalian, di sini saya ingin membincangkan isu sekumpulan pelajar sekolah kita. Sejak kebelakangan ini disiplin sesetengah pelajar kian merosot, mereka sudah tidak ambil endah lagi sikap kebertanggungjawaban terhadap pelajaran, guru dan persekitaran sekolah.
Ada di antara pelajar ini, sudah tidak menghormati guru-guru, bersikap kurang ajar dan ada kalanya menjadi vandalisma di sekolah. Sikap terhadap pelajaran tidak di utamakan, semasa guru-guru mengajar tidak fokus, main-main, buku-buku latihan bercampur aduk. Buku-buku teks pinjaman tidak digunakan dengan sebaik-baiknya, malahan terbiar di tong-tong sampah. Apakah tiada nilai buku-buku ini kepada mereka? mereka anak orang kaya ? Beginikah sebagai seorang pelajar . Diharap pelajar-pelajar ini dapat berubah demi masa depan sendiri.

Sekian
YM

Sunday, May 23, 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pelajar-pelajar tingkatan dua, khususnya 2 Alpaha dan 2 sigma. Di sini cikgu ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, yang akan berlangsung pada 31 Mei 2010. Semoga kalian dapat mengulangkaji pelajaran dan dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang dan sabar. Di halaman ini juga cikgu ingin memberikan sedikit tip-tip atau topik-topik soalan yang dijangkakan akan keluar peperiksaan Bahasa Melayu kertas 1, tingkatan 2. Di harap pelajar-pelajar dapat mengulangkaji tajuk puisi dalam buku seuntai kata untuk dirasa iaitu Puisi "Cinta" dan juga Cerpen' Tina", Semoga anda berjaya jika berusaha.

Sekian daripada
YM.


Thursday, May 20, 2010



Selamat datang ke laman blog Panitia Bahasa Melayu SMK Ayer Keroh 2010.


Selamat Menduduki Peperiksaan


Selamat menduduki peperiksaan Pengesanan 1 kepada semua murid Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh.

Bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 3, kertas Bahasa Melayu akan diadakan pada 31 Mei 2010.

Semoga berjaya!!

Ikhlas daripada,

Panitia Bahasa Melayu