Tuesday, May 25, 2010

Ruangan : Isu Semasa



Salam sejahtera pelajar-pelajar yang melayari blog ini, semoga kalian mendapat manfaat daripadanya. Hari ini saya akan membingcangkan tajuk yang ada kaitan dengan peperiksaan dan sering terjadi kepada pelajar-pelajar hari ini. Apakah pandangan anda tentang pelajar-pelajar merokok tak kira lelaki atau perempuan. Merokok seolah-olah sudah tidak lagi menjadi" taboo" dalam kehidupan mereka, mengapakah mereka ini merokok, mari kita renungkan bersama,
Rokok sudah menjadi kelaziman bagi orang dewasa dari dahulu, kini dan mungkin selamanya.
Bagaimana mana pula tentang pelajar yang merokok ini? Apakah mereka merokok ingin dikatakan sudah cukup dewasa, sedangkan kantungnya masih bergantung daripada orang tuanya.
Pelajar-pelajar yang merokok ini mungkin mahu cuba-cuba, tetapi mereka tidak fikir bahawa sekali kena , mesti mau berkali-kali kena, sama dengan ganja, dadah dan juga seks. Remaja ini akalnya pendek, nafsunya aje panjang. Oleh itu jika kita berbuat sesuatu yang melanggar batas susila budaya, agama, aturan sekolah, haruskan difikirkan akan kesannya juga.
Fikir-fikirkanlah, jangan sudah terantuk baru nak tengadah.

Monday, May 24, 2010


Selamat petang, pelajar-pelajar sekalian, di sini saya ingin membincangkan isu sekumpulan pelajar sekolah kita. Sejak kebelakangan ini disiplin sesetengah pelajar kian merosot, mereka sudah tidak ambil endah lagi sikap kebertanggungjawaban terhadap pelajaran, guru dan persekitaran sekolah.
Ada di antara pelajar ini, sudah tidak menghormati guru-guru, bersikap kurang ajar dan ada kalanya menjadi vandalisma di sekolah. Sikap terhadap pelajaran tidak di utamakan, semasa guru-guru mengajar tidak fokus, main-main, buku-buku latihan bercampur aduk. Buku-buku teks pinjaman tidak digunakan dengan sebaik-baiknya, malahan terbiar di tong-tong sampah. Apakah tiada nilai buku-buku ini kepada mereka? mereka anak orang kaya ? Beginikah sebagai seorang pelajar . Diharap pelajar-pelajar ini dapat berubah demi masa depan sendiri.

Sekian
YM

Sunday, May 23, 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pelajar-pelajar tingkatan dua, khususnya 2 Alpaha dan 2 sigma. Di sini cikgu ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, yang akan berlangsung pada 31 Mei 2010. Semoga kalian dapat mengulangkaji pelajaran dan dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang dan sabar. Di halaman ini juga cikgu ingin memberikan sedikit tip-tip atau topik-topik soalan yang dijangkakan akan keluar peperiksaan Bahasa Melayu kertas 1, tingkatan 2. Di harap pelajar-pelajar dapat mengulangkaji tajuk puisi dalam buku seuntai kata untuk dirasa iaitu Puisi "Cinta" dan juga Cerpen' Tina", Semoga anda berjaya jika berusaha.

Sekian daripada
YM.


Thursday, May 20, 2010



Selamat datang ke laman blog Panitia Bahasa Melayu SMK Ayer Keroh 2010.


Selamat Menduduki Peperiksaan


Selamat menduduki peperiksaan Pengesanan 1 kepada semua murid Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh.

Bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 3, kertas Bahasa Melayu akan diadakan pada 31 Mei 2010.

Semoga berjaya!!

Ikhlas daripada,

Panitia Bahasa Melayu