Friday, May 28, 2010

Ruangan : Tokoh Bahasa






Nama Asal : Abdullah Bin Abdul Kadir Munshi
Tarikh Lahir : 1796
Tempat Lahir : Melaka
Keturunan : Peranakan Arab - India













Rumah asal Abdullah Munsyi


Pendidikan Awal

Mendapat pendidikan awal daripada kedua orang tuanya iaitu membaca, menulis jawi dan mengaji Al Quran sehingga tamat. Beliau juga telah belajar daripada seorang guru yang juga merupakan jurutulis kepada Sir Stamford Raffles iaitu Muhammad Latif. Abdullah Munsyi juga berbakat sebagai seorang ketua hingga dilantik neneknya untuk mengetuai kumpulan pelajar yang mengaji dengan neneknya.



Beliau juga seorang yang sangat bijak dan menyintai ilmu serta boleh menguasai beberapa bahasa seperti bahasa Tamil,Arab, Hindi, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Di samping itu, beliau juga bijak dalam ilmu kira-kira ( matematik ). Berpengetahuan luas dalam tatabahasa Melayu dan buku-buku berbahasa Arab.

Kerjaya Awal

Abdullah Munsyi telah mengajar bahasa Melayu kepada askar India yang bertugas dengan British di Tanah Melayu. Pada waktu yang sama, beliau telah mempelajari bahasa Hindi daripada askar-askar tersebut.Selain itu, beliau telah mempelajari Pengajian Islam daripada seorang mualim Arab bernama Muhyiddin dan mempelajari bahasa Inggeris pula daripada seorang paderi bernama Milne dan Thompson. Beliau juga telah terlibat secara langsung mengendalikan mesin-mesin cetak milik Inggeris yang pertama kali tiba di Singapura.. Ini telah menyebabkan beliau boleh mengendalikan kerja-kerja percetakan dan seterusnya menjadi Pengarang di bahagian penerbitan. Beliau sangat kreatif dan kritis sehingga melahirkan pelbagai idea yang mampu mengubah persepsi bangsanya.

Sumbangan Abdullah Munsyi

Beliau seorang yang suka menegur sikap masyarakat yang berada di ambang kepincangan terutama dalam sistem beraja akibat kedatangan pengaruh barat. Beliau juga seorang yang kritis kerana telah banyak bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat serta banyak menghasilkan karya yang berpijak di bumi nyata, tidak seperti penulis sezamannya. Di samping itu juga, beliau banyak berjasa dalam memartabatkan bahasa Melayu terutama dari segi nahu dan tatabahasa.Antara hasil karya beliau ialah Hikayat Abdullah (1840),hikayat Pelayaran Abdullah (1837), hikayat Kalilah dan Damimah (1855), Syair singapura Terbakar dan Syair Kampung Gelam Terbakar (1847) dan sebagainya.



Hasil karya Abdullah Munsyi

Gelaran Munsyi

Gelaran ini sebenarnya menggambarkan pengiktirafan kepada peranan guru dalam institusi pendidikan dan turut mempengaruhi sifat dan perwatakan yang mengutamakan 'kebenaran, ketegasan, malah tidak takut untuk memperkatakan secara lisan mahupun tulisan. Munsyi juga membawa maksud memperjuang dan mengamalkan budaya ilmu seperti membaca, menulis, memerhati, memahami, menulis dan menyebarkan ilmu bagi tatapan dan rujukan untuk generasi akan datang. Atas keprihatinan dan inisiatif beliau, maka geran Bapa Kesusasteraan Melayu Moden amat sesuai diberikan kepada Abdullah Munsyi.

Hilang Tidak Berganti......

Abdullah Munsyi telah meninggal dunia ketika pelayaran beliau ke Mekah pada tahun 1854.




oleh...
NK
GKMP Bahasa

1 comment:

  1. it seems that u reallt know about munsyi abdullah...can i know further about him or may be if u have more preferances can i call u instead?

    i'm in the middle of producing a documentary on jalan munsyi abdullah for RTM airing.

    would appriciate if u can give me a buzz at this number 0196281306 or emel me at orangutantua@yahoo.com

    Thanks a lot.

    ** ps - This are the sample i've done for my pilot episode on Jalan Raja Chulan

    http://www.youtube.com/watch?v=mjDdVdOphEc

    ReplyDelete